Wednesday, 14 September 2011

Islam Sederhana

Dalam kita menegakkan syiar islam perkara pokok yang perlu dipertimbangkan ialah adakah kita benar-benar memperjuangan nasib orang-orang miskin yang kebanyakannya datang dari lapisan mesyarakat Melayu dan kaum bumiputera. Jika tidak maka perjuangan kita masih dianggap belum lengkap dan perlu diperlengkapkan. Pihak kerajaan telah memasukkan dasar transformasi dalam penyampaiannya demi membela nasib bangsa tersebut. Sejauh mana ketepatan sasaran dan sambutan di kalangan mesyarakat terutama di kalangan mesyarakat Melayu dan bumiputera itu sendiri. Misalnya dalam melaksanakan perumahan mampu milik termasuk pembelian tanpa deposit adalah satu inisiatif kerajaan untuk rakyat khususnya kaum ini yang perlukan pembelaan. Walaupun dasar transformasi ini agak lewat diperkenalkan namun kita masih belum terlambat dan kita perlu cepat-cepat menafaatkan usaha tersebut. Kata orang "Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi", maka perlu ada kesungguhan dan kesedaran di pihak rakyat terbabit untuk merebut peluang demi keseimbangan dan kestabilan negara juga keselesaan bersama.

Namun, demikian harapan kita agar kerajaan akan memperluaskan lagi bidang transformasi terutama dalam pemberian bon atau modal yang bertindak sebagai penyokong kepada peniaga Melayu dan bumiputera dalam  pemilikan aset-aset harta tanah. Misalnya bangunan rumah kedai dengan cara memberi tambahan modal atau dengan cara 50% adalah pegangan kerajaan dan manakala yang selebihnya adalah pegangan individu pemilik itu sendiri. Melalui cara ini bermakna hanya 50% modal atau deposit yang orang Melayu atau Bumiputera keluarkan dan yang selebihnya 50% lagi ditempung kerajaann. Pulangan kepada kerajaan akan dilunaskan mengikut kiraan tertentu yang akan dibayar mengikut keupayaan hasil atau keuntungan dari sewaan atau perniagaan yang individu terbabit laksanakan.

Transformasi inilah yang sepatutnya kerajaan laksanakan demi menempatkan Melayu dan Bumiputera sebanding dengan bangsa lain.

No comments:

Post a Comment